Fabric
1. CREPE
Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.Crepe is the best type of material > ni pendapat saya la. Sesiapa yang dah biasa pakai crepe ni memang akan dapat bezakan antara crepe and others. Kain die nampak macam ringan tapi bila dah siap jd baju die akan jatuh dan akan jadi cantik dan sangat senang di iron. Sebab itu la kain crepe ini mahal.
2. JACQUARD
Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas kain.Jacquard ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining and colornya terang. Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit (tapi kalo korang dry cleaning means problem solved)
3. 100% COTTON
Fiber semulajadi yang berasal dari tanaman kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai. Malahan ia juga senang untuk dicuci.
Antara ciri – ciri lainnya :
j Bahan terasa dingin dan sedikit sejuk.
j Menyerap keringat.
j Kain akan rosak bila direndam lebih dari 2 jam.
j Noda dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent.
j Boleh dicuci atau di dry clean.
4. RAYON
Rayon merupakan kain yang lembut dan selesa untuk dipakai kerana ia mempunyai daya serapan yang baik. Namun begitu Rayon merupakan sejenis kain yang boleh menyusut. Terdapat 2 jenis rayon di pasaran iaitu untuk cucian kering atau cucian biasa.Rayon ni is the cheapest. Corak dan design may be akan sama dengan batik yang lain. Tapi kainnya sedikit keras. So saya memang tak prefer la rayon ni. Cara die kalo nak tau rayon ke tak try pegi komotkan kain tu. Sure terus ada kedut2. Kalo kt kedai buat sembunyi2 yer nnt org kedai marah =)
5. KAIN ORGANZA
Secara mudahnya,kain organza ini dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang sukar,nipis . Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan sintetik seperti poliester @ nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk mencuba kain organza.Biasanya kain organza ini adalah untuk pakaian pengantin.
6. KAIN CHIFFON
Biasanya diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Antara banyak-banyak kain chiffon, kain chiffon yang diperbuat dari poliester adalah paling susah untuk dye. Biasanya kain chiffon ni digunakan dalam gaun,riben, dan pakaian dalam.Chiffon ni kain yang jarang (tu yang ramai buat buat kurung moden or kebaya. Sbb chiffon ni stretchable) dan adalah super cantik. Cuma kain ni adalah susah nk dapat dah sekarang. Penjagaan memang kene teliti sebab die cepat tertarik kalo ganas sangat pakai, tapi sangat sejuk. Mudah iron juga.
7. KAIN SATIN
Ia biasanya licin dan selalu dibuat baju melayu dan juga pakaian pengantin. Ia mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama.
8. POLYESTER
Bahan polyester memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan terasa panas dibadan.
Antara ciri-ciri lainnya :
j Bahan terasa panas dibadan.
j Tidak menyerap keringat.
j Apabila kulit anda sensitive dan bermasalah, disarankan supaya tidak memakai bahan pure polyester kerana akan merosakkan lagi kulit anda.
j Noda minyak dan noda makanan susah dihilangkan dari pakaian
j Tahan direndam dalam air lebih dari 3 jam
9. SUTERA
Bahannya lembut, sejuk dan berkilau. Ia selalu dikaikatkan wanita dan cinta.
Antara ciri-ciri lainnya :
j Sangat lembut dan licin dikulit dan bahannya jatuh (flowing).
j Menyerap keringat.
j Perlu dry cleaning supaya kualiti warna dan kainnya bertahan lama.
10. VISCOSE
Antara ciri – cirinya :
j Terasa lembut dan dingin di kulit
j Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya mengkilat
j Menyerap keringat
j Pakaian / bahan akan rosak apabila direndam dengan detergent lebih dari
1 jam.
j Boleh dicuci atau di dry clean
j Noda dari makanan atau minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent
11. LINEN
Bahannya yang kaku dan dingin, maka linen sangat sesuai untuk produk – produk casual wear dan dresses
Antara ciri-ciri lainnya :
j Bahannya kaku dan dingin.
j Permukaan kain agak kasar.
j Menyerap keringat.
j 4x lebih lasak dari cotton.
j Tahan dijemur (Tahan terhadap panas sampai 450 0 F).
j Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 1 jam12. SONGKET
Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.
13. KAIN RENDA/SATIN yang mempunyai bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama.
14. SCOTCHGUARD yang diselaputi bahan kalis air kerana tahan lasak.
15. FURSANKain jenis Fursan ni sinonim dengan baju jenis abaya/ jubah. Selalunya jubah yang datang dari negara timur tengah menggunakan jenis kain fursan ni. Kepada penggemar-penggemar abaya/ jubah semestinya suka la dengan jenis fursan ni..SEBAB
1) Kainnya tak berkilat (nak pakai siang-siang pun tak ada masalah).
2) Kainnya tak melekat pada badan.
3) Kainnya berat (bila pakai dia ‘jatuh’…macam mana nak bagitau ya nampaknya kena beli dululah baru tahu kaaann).
4) Kainnya selesa dan sejuk di pakai walaupun jubah tu warna hitam.
Jadi buatlah pilihan yang tepat, pilih material untuk abaya/ jubah atau apa jenis baju yang nak pakai, berkualiti dan menepati syariat.
16. COTTON LINEN
Threadcount padat. Kain sangat lembut dan sejuk dipakai. Seakan english cotton. Tidak keras seperti cotton lain. Tidak berbulu setelah dibasuh berkali-kali. Ketebalan sederhana, tidak memerlukan lining atau pemakaian camisole. Sesuai untuk baju kurung biasa, baju kurung moden, kebaya, jubah atau maxi.
Catat Ulasan
0 Ulasan