Measure


CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN !!
Seelok2nya diambil ngam2 , jadi mudah untuk mengagak dan mengubah kelonggaran semasa membuat pola
1. BAHU : diukur di bahagian belakang dari tulang bahu kanan ke tulang bahu kiri. Lalukan sedikit di atas pangkal leher.
2. DADA: ukur keliling dada dari belakang melalui mercu dada
3. PINGGANG BAJU : Ukuran pinggang untuk baju sahaja iaitu keliling pinggang yang paling ramping
4. PINGGANG KAIN: Ada yang sama ada yang tidak dengan pinggang baju. Bagi yang memakai ‘low waist’ ukur dibahagian tersebut
5. PUNGGUNG: Ukuran dari puncak punggung yang paling menonjol sehingga ke perut . Bagi yang perut agak buncit atau mengandung, ukur dari belakang punggung hingga perut yang aling tinggi . Jika tidak sendat nanti kain bahgian perut
6. LABUH LENGAN: Bengkokkan sedikit tangan dan ukur dari tulang bahu ke labuh lengan yang dikehendaki. Tangan dibengkokkan untuk memberi labuh yang sebenar
7. LEHER: ukur dari belakang leher sehingga ke tulang leher hadapan
8. LABUH BAJU: Sebaik2 ukur dari hadapan melalui dada dan ke labuh yang dikehendaki. Ukuran melalui dada supaya baju tidak terjongket.
9. LABUH KAIN: Ukur dari pinggang kain terus ke lantai/ bawah tapak kaki ( tidak memakai kasut ) . Kalau untuk kasut tumit tinggi, lebihkan untuk tumit.
10. LABUH JUBAH : Ukur dari bahu bersebelahan dengan pangkal leher melalui dada dan terus ke labuh yang dikehendaki.

Catat Ulasan

0 Ulasan